KUALA LUMPUR: Konsert 3Diva Timeless Live in Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung di Unifi Arena, di sini, pada 22 November ini, dibatalkan berikutan beberapa keadaan yang tidak dapat dielakkan.

Pembatalan itu diumumkan penganjur, T-Rex Studio Sdn Bhd, menerusi kenyataan rasmi, semalam, sekali gus menamatkan penantian peminat yang mengharapkan persembahan istimewa tiga penyanyi tersohor Indonesia, Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ.

Menurut penganjur, keputusan itu bukan sesuatu yang mudah dibuat, lebih-lebih lagi selepas pelbagai persiapan dan perancangan dilaksanakan bagi memastikan kelancaran konsert berkenaan.

"Pihak kami memohon maaf kepada semua peminat, pemegang tiket, rakan penaja, rakan media serta semua pihak yang terbabit atas segala kesulitan dan kekecewaan susulan pembatalan ini," menurut kenyataan itu.