KUALA LUMPUR: Bestari Food Bhd memperoleh kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Syarikat berkenaan menceburi terutamanya dalam pengeluaran adunan awal atau makanan pracampur selain pembekalan ramuan, pemprosesan makanan dan kelengkapan pengeluaran.

Dalam kenyataan hari ini, Bestari Food memaklumkan tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu merangkumi terbitan awam kira-kira 77.1 juta saham biasa baharu serta tawaran jualan sehingga kira-kira 56.3 juta saham biasa yang sedia ada.

Jumlah itu mewakili sehingga 29.6 peratus daripada 450 juta saham terbitan yang diperbesarkan.