KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia Bhd, Datuk Umar Swift, dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB), berkuat kuasa 1 Januari 2027.
Hong Leong Capital Bhd (HLCB) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Umar akan menggantikan Lee Jim Leng yang bakal bersara selepas menerajui HLIB selama lebih 17 tahun.
Umar mempunyai pengalaman luas dalam sektor perbankan, insurans dan pasaran modal, termasuk pernah berkhidmat sebagai CEO Bursa Malaysia serta CEO dan Pengarah Urusan Kumpulan MAA Group Bhd.
Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Perusahaan di Maybank.








