Peguam Perikatan Nasional (PN) Rafique Rashid Ali, mengesahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantung pembatalan pendaftaran gabungan itu.

"Saya boleh mengesahkan bahawa Notis Rayuan telah diserahkan kepada peguam cara PN pagi ini.

"Kami akan memberikan respons terhadap rayuan tersebut sewajarnya," katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, notis itu menamakan Ketua Pengarah ROS Zulfikar Ahmad dan Saifuddin sebagai perayu.