PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menggantung pelaksanaan notis pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN).Rayuan itu difailkan oleh Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, selepas tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat Hakim, Datuk Azizan Md Arshad yang membenarkan permohonan penggantungan pada Khamis.Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili PN, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Sinar Harian.Pada Khamis, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan PN untuk menggantung pelaksanaan notis pembatalan pendaftaran gabungan itu sehingga prosiding substantif semakan kehakiman didengar.Azizan membuat keputusan tersebut selepas berpendapat terdapat kemudaratan lebih besar kepada PN sekiranya permohonan penggantungan pelaksanaan tidak dibenarkan.Sebelum itu, RoS pada 20 Oktober lalu membatalkan pendaftaran PN selepas mendapati penjelasan dan representasi yang dikemukakan gabungan berkenaan tidak dapat menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.Pada 22 September lalu, RoS mengeluarkan notis kepada PN sebelum perintah penggantungan semua aktiviti gabungan itu berkuat kuasa pada 23 September di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966.Susulan tindakan itu, lima pemimpin parti komponen PN yang diketuai Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan berkenaan.Empat pemohon lain ialah Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen; Setiausaha Agung Malaysian Indian People's Party, N Sathes Kumar; Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanahair, Datuk Sazmi Miah.PN mendakwa tindakan RoS boleh menjejaskan penyertaan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, khususnya peluang calon bertanding menggunakan nama dan logo PN.Gabungan itu turut menyatakan bahawa sebarang keputusan mahkamah selepas hari penamaan calon akan menyebabkan peluang berkenaan tidak dapat dikembalikan.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal berlangsung pada 10 November dan hari mengundi pada 14 November bagi PRN Melaka.
RoS rayu keputusan gantung pembatalan pendaftaran PN

Key takeaways
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantung pelaksanaan notis pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN).
- RoS tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Azizan Md Arshad yang membenarkan permohonan penggantungan PN.
- Pendaftaran PN dibatalkan pada 20 Oktober kerana penjelasan gabungan tidak menyangkal asas pembatalan.
- Lima pemimpin PN memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar tindakan RoS tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today , Harian Metro , Kosmo
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today PN pertimbang rayu kepada menteri dalam negeri susulan pembatalan pendaftaran
- Free Malaysia Today Mahkamah gantung pembatalan pendaftaran PN
- Free Malaysia Today JPPM, menteri KDN rayu keputusan gantung pembatalan pendaftaran PN
- Sinar Harian RoS rayu keputusan gantung pembatalan pendaftaran PN (this story)







