SETIU - Tindakan seorang orang awam yang menyerahkan wang tunai sebanyak RM19,300 ditemuinya berhampiran lokasi kemalangan di daerah ini mendapat penghargaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu.Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zahril Asri Mohd Zain berkata, Hamid Samat, menemukan wang tunai tersebut di dalam sebuah beg plastik berwarna hijau berhampiran sebuah kenderaan terlibat dalam kemalangan."Wang tersebut ditemui ketika berada di lokasi kejadian untuk melihat keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan."Beliau kemudian telah menyerahkan wang tersebut kepada Pegawai Bertugas (OCS) Balai Polis Sungai Tong untuk tindakan lanjut, sebelum berjaya diserahkan semula kepada waris mangsa," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.Beliau berkata, Hamid diraikan dalam satu majlis penyerahan sijil penghargaan di Pejabat Ketua Polis Daerah Setiu pada Rabu sebagai tanda pengiktirafan atas integriti dan sikap amanah ditunjukkan.Majlis penyerahan sijil penghargaan itu turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ahmad Badrul Hisyam Ghazali; KBST, Inspektor Tengku Hazlan Tengku Hazmi; Ketua Polis Balai Sungai Tong serta dua orang anggota trafik.Zahril Asri berkata, tindakan Hamid wajar dijadikan teladan kerana ia mencerminkan nilai kejujuran, amanah dan tanggungjawab yang kukuh dalam kehidupan bermasyarakat."Sikap sedemikian wajar dicontohi kerana integriti bukan sekadar nilai yang diucapkan, malah perlu dibuktikan melalui tindakan yang ikhlas dan beretika."Polis Daerah Setiu turut merakamkan penghargaan atas keprihatinan yang dipamerkan dan berharap amalan murni itu menjadi inspirasi kepada masyarakat umum untuk terus membina komuniti yang bertanggungjawab, harmoni serta saling mempercayai,"jelasnya.
Lelaki pulangkan RM19,300 ditemui di lokasi kemalangan terima penghargaan

Key takeaways
Seorang lelaki pulangkan RM19,300 yang ditemui di lokasi kemalangan dan menerima penghargaan.
- Hamid Samat menemukan wang RM19,300 di dalam beg plastik hijau berhampiran kenderaan terlibat kemalangan.
- Wang tersebut diserahkan kepada pegawai polis dan dikembalikan kepada waris mangsa.
- Hamid diberi sijil penghargaan oleh IPD Setiu kerana tindakannya yang jujur dan amanah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORHASPIDA YATIM
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Dua lelaki maut, lima cedera kemalangan di Glenmarie
- Utusan Malaysia Lelaki maut kemalangan dua motosikal
- Sinar Harian Lelaki pulangkan RM19,300 ditemui di lokasi kemalangan terima penghargaan (this story)







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F4353324342_518067.png&w=480&output=webp&q=85&we)

