KAJANG – Seorang lelaki tempatan maut dpercayai akibat letupan tangki helium ketika melakukan kerja kimpalan di sebuah kilang barang lusuh di Persiaran Sungai Chua di sini pada Jumaat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.53 pagi.Menurutnya, seramai lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer."Pasukan bomba tiba di lokasi tujuh minit kemudian dan mendapati mangsa berusia 49 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian pinggang ke bawah serta pendarahan teruk."Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Lelaki maut, tangki helium meletup ketika kerja kimpalan

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 49 tahun maut akibat letupan tangki helium semasa kerja kimpalan di Kajang.
- Lelaki itu maut disyaki akibat letupan tangki helium semasa bekerja.
- Pihak bomba tiba di lokasi dalam masa tujuh minit dan mendapati mangsa mengalami kecederaan parah.
- Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM di lokasi kejadian.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Utusan Malaysia , Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Lelaki maut, tangki helium meletup ketika kerja kimpalan (this story)
- Berita Harian Pekerja kimpalan maut tangki helium meletup
- Harian Metro Pekerja kimpalan maut tangki helium meletup
- Utusan Malaysia Lelaki maut tangki helium meletup









