Kuala Lumpur: Penerbit drama, Jaja Ishak menganggap perkenalan dan kerjasamanya dengan penyanyi popular, Haqiem Rusli sebagai satu jackpot apabila pelantun suara lagu Katamu Sekejap itu bersetuju untuk menyanyikan lagu tema (OST) bagi drama terbaharu terbitannya, Sepenuh Hati Rindu.

Jaja meluahkan rasa teruja dan gembira kerana tawarannya diterima baik oleh Haqiem, memandangkan syarikatnya lebih dikenali sebagai syarikat penerbitan drama dan bukannya sebuah label muzik raksasa.

"Sebenarnya saya memang peminat lagu-lagu Haqiem Rusli, cuma dulu saya tidak mampu hendak panggil dia buat persembahan (show). Apabila bincang dengan pegawai perhubungan awam saya, dia beritahu Haqiem ini artis gred A, mampukah kita hendak bayar?