KUALA LUMPUR – Mahu lebih bebas menentukan hala tuju seni, penyanyi Haqiem Rusli mengakui bergerak sendiri menerusi syarikat miliknya, Haqiem Rusli Entertainment, sejak lebih sebulan lalu.

Ujar Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 28, keputusan meninggalkan pengurusan sedia ada untuk menguruskan kerjaya sendiri itu membuka lembaran baharu selain memberinya ruang lebih luas untuk membuat keputusan berkaitan muzik dan perniagaan.

“Saya sudah sebulan lebih bergerak secara bebas di bawah syarikat sendiri, Haqiem Rusli Entertainment. Saya ucapkan terima kasih kepada FMC Music atas kerjasama selama 10 tahun, banyak membantu sejak awal kemunculan sehingga kini.

“Apapun saya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan FMC Music lagi sekiranya ada projek tertentu pada masa akan datang.