Johor Bahru: Seorang wanita yang sebelum ini tular menyebarkan ajaran sesat menggunakan nama 'Ratu Balqis' dihukum penjara penjara 12 bulan serta denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru, di sini semalam.
Turut dijatuhi hukuman sama adalah seorang lagi wanita dan seorang lelaki yang juga juga rakan subahat wanita berkenaan.
Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga mereka dipenjara tambahan lima bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tertuduh pertama mengaku bersalah mengikut Seksyen 4 (doktrin palsu) dan Seksyen 6(b) (dakwaan palsu).







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F05%2F79dc56eb34e1aef5b840c71bb6a68649.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

