Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merampas 939 liter diesel bernilai lebih RM35,000 yang disyaki diseleweng menerusi Ops Tiris di sebuah rumah di Kampung Bukit Tunggal, di sini, jam 5.45 petang semalam.
Pengarah KPDN Terengganu, Mohd Mufsi Lat berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an yang sedang memindahkan diesel dari tong dram dan jerikin ke dalam tangki lori menggunakan hos paip ketika serbuan dilakukan.
Katanya, serbuan dilakukan selepas pihaknya yang menjalankan risikan selama dua minggu mendapati kegiatan dua lelaki terbabit memindahkan cecair disyaki diesel mencurigakan.
"Seorang daripada mereka mengaku diarahkan menjaga cecair berkenaan, manakala seorang lagi adalah pemandu lori.









