Kuala Lumpur: Bekas jurulatih skuad senior wanita negara, Joe Cornelli akhirnya memilih untuk berpisah dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas 17 bulan membimbing pasukan berkenaan.
Jelas Cornelli, beliau mengakui banyak pengalaman berharga diraih sepanjang melatih Malayan Tigress dan bukan sesuatu yang mudah untuk meninggalkan apa yang sudah dibina hampir dua tahun ini.
"Selepas 17 bulan berkhidmat sebagai ketua jurulatih skuad senior wanita kebangsaan Malaysia, tibalah masanya untuk menutup satu bab penting dalam perjalanan profesional saya.
"Sepanjang tempoh berkenaan, kami bekerja dengan penuh dedikasi dan komitmen, selain memulakan proses penting pembaharuan skuad menerusi kemasukan pemain baharu bagi membina asas untuk pembangunan pasukan pada masa depan.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F05%2F79dc56eb34e1aef5b840c71bb6a68649.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

