KOTA BHARU – Pas bersedia menggunakan lambang bulan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya timbul sebarang halangan terhadap penggunaan logo Perikatan Nasional (PN).Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah itu sebagai persediaan susulan perkembangan berkaitan status pendaftaran PN yang kini menjadi subjek semakan dan prosiding mahkamah.Menurut beliau, dari sudut perundangan, logo yang telah diserahkan, diterima dan disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak boleh dibatalkan sewenang-wenangnya."Dari segi undang-undang, apabila sesuatu logo telah diserahkan, diterima dan disahkan oleh SPR selepas pembubaran, ia tidak boleh dibatalkan di tengah jalan kerana kuasa penuh terletak di bawah SPR."Walau bagaimanapun, jika ia berlaku sebelum proses penamaan calon, kita menyatakan kesediaan untuk menggunakan logo Pas sekiranya diarahkan berbuat demikian," katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.Terdahulu, beliau menyampaikan ceramah pada Kuliah Pagi Jumaat Perdana sempena Karnival Rakyat 36 Tahun Membangun Bersama Islam (MBI) di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV.Pada Selasa lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran PN selepas mendapati penjelasan dan representasi yang dikemukakan gabungan itu gagal menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.RoS memaklumkan keputusan itu dibuat selepas meneliti dokumen serta penjelasan yang dikemukakan PN susulan notis bertarikh 22 September 2026.Bagaimanapun, pada Khamis, PN memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi untuk menggantung sementara pelaksanaan keputusan RoS tersebut.Peguam PN, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, keputusan itu membolehkan gabungan berkenaan mengekalkan status quo sementara menunggu penyelesaian kes utama yang mencabar tindakan RoS.Menurutnya, keputusan mahkamah itu turut membolehkan PN meneruskan aktiviti politik termasuk bertanding dalam pilihan raya menggunakan logo gabungan berkenaan."Kita boleh bertanding, bermaksud kita boleh guna logo, bermaksud kita boleh teruskan dengan segala aktiviti dan kegiatan kita, termasuklah di Melaka dan nanti di Sarawak," katanya.
PRN Melaka: Pas guna lambang bulan jika PN ada masalah

Key takeaways
Pas bersedia menggunakan lambang bulan pada PRN Melaka jika logo Perikatan Nasional (PN) menghadapi masalah perundangan. Langkah ini diambil susulan pembatalan pendaftaran PN oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
- Pas menyatakan kesediaan menggunakan lambang bulan jika diarahkan sebelum proses penamaan calon.
- RoS membatalkan pendaftaran PN kerana penjelasan gabungan itu gagal menyangkal asas pembatalan.
- Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan logo yang disahkan SPR selepas pembubaran tidak boleh dibatalkan sewenang-wenangnya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian PN boleh guna logo PAS untuk PRN Melaka - Sanusi
- Free Malaysia Today PRN Melaka: PN boleh guna logo PAS, kata Sanusi
- Utusan Malaysia Pas guna lambang ‘bulan’ di PRN Melaka
- Utusan Malaysia PN boleh bertanding, guna logo di PRN Melaka
- Sinar Harian PRN Melaka: Pas guna lambang bulan jika PN ada masalah (this story)









