KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 1 tengah hari ini, dengan Negeri Sembilan iaitu di Seremban (160) dan Nilai (159) mencatatkan bacaan tertinggi.

Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), lima stesen di Selangor mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Klang (158), Johan Setia (158), Petaling Jaya (154), Shah Alam (152) dan Banting (152).

Di Kuala Lumpur, dua stesen turut merekodkan bacaan tidak sihat, masing-masing Batu Muda (156) dan Cheras (111).

Di Melaka, tiga kawasan direkodkan bacaan tidak sihat iaitu Bukit Rambai (152), Bandaraya Melaka (126) dan Alor Gajah (118); manakala di Johor dua stesen iaitu Batu Pahat (152) dan Tangkak (151).