Kuala Lumpur: Sebanyak 16 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 7 pagi ini, dengan Nilai, Negeri Sembilan mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 162.

Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), lima stesen di Selangor mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Klang (156), Johan Setia (155), Petaling Jaya (154), Shah Alam (153) dan Banting (143).

Di Melaka, tiga stesen turut merekodkan bacaan tidak sihat, masing-masing Bukit Rambai (161), Bandaraya Melaka (151) dan Alor Gajah (106).

Sementara itu, Port Dickson, Negeri Sembilan mencatatkan bacaan IPU 152, manakala di Kuala Lumpur, Batu Muda merekodkan bacaan 152 dan Cheras (142).