GEORGE TOWN : Empat individu dilaporkan cedera apabila kereta jenis BMW yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak di atas Jambatan Pulau Pinang, kira-kira pukul 12.13 tengah malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, pemandu lori tangki terbabit yang berusia 53 tahun bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu.

“Sebaik sahaja tiba, didapati kesemua empat mangsa yang cedera bagaimanapun telah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO).