KOTA BHARU – Penduduk di sekitar Lembah Sireh di sini, mendakwa mereka sering melihat tidak kurang 10 warga asing berkumpul di Terminal Bas Kota Bharu di sini, pada waktu malam untuk menaiki kenderaan itu ke destinasi tertentu.
Hasmah Razak, 55, mendakwa, warga asing dari pelbagai negara itu menjadikan terminal bas itu sebagai lokasi tumpuan selain berkumpul di lokasi gelap sebelum bergerak ke tempat lain.
Katanya, walaupun mereka tidak mengganggu orang ramai tetapi penduduk setempat merasa takut apabila melihat mereka berkumpul.
“Bagaimanapun, saya difahamkan pihak berkuasa telah melakukan tangkapan susulan aduan orang ramai sejak dua minggu lalu,” katanya.









