JULIANA ROSMIDAH Lelaki itu mempunyai rumah, isteri dan anak. Namun, pada usia sepatutnya dihabiskan bersama keluarga, warga emas ini menjalani kehidupan sebagai gelandangan di Kuala Lumpur.
Saya bertemu dengannya ketika menjalankan aktiviti advokasi komuniti bersama golongan gelandangan. Ketika berbual, dia mengakui meninggalkan rumah selepas suatu peristiwa yang menjejaskan hubungannya dengan isteri dan anak.
Menurutnya, dia tidak lagi diterima keluarga. Semua kad bank diserahkan kepada isteri dan anak sebelum keluar rumah.
Dia tidak mendedahkan perkara sebenar yang berlaku. Saya juga tidak mendesaknya untuk bercerita lebih lanjut kerana menghormati haknya untuk menyimpan pengalaman tersebut sebagai perkara peribadi.










