PETALING JAYA – Tindakan berani seorang murid memeluk suspek dari arah sisi ketika seorang guru wanita diserang menggunakan senjata tajam berjaya menghentikan tindakan ganas itu di sebuah sekolah di Sarawak, semalam.

Keberanian murid berkenaan dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, sekali gus mengundang perhatian orang ramai.

Berdasarkan rakaman video berdurasi lebih seminit itu, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.49 pagi ketika suspek dilihat menyerang guru wanita berkenaan di dalam sebuah bilik darjah.

Murid terbabit kemudian bertindak pantas meluru ke arah suspek sebelum memeluknya dari arah sisi dalam usaha menyekat serangan tersebut.