BATU PAHAT – Peguam kepada remaja yang didakwa membunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan tidak wajar berhubung kes berkenaan.Mohd Azlan Shah Mohd Allias berkata, pihak keluarga tertuduh tidak pernah membuat sebarang kenyataan atau hantaran dalam mana-mana media sosial."Pihak keluarga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial atau mana-mana platform berhubung perkara itu."Apa juga hantaran yang mana berunsurkan benda-benda yang tidak benar, memang bukan datang pun daripada keluarga."Jadi, kita akan mengambil tindakan dan membuat laporan polis untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dalam masa terdekat. Kita juga sudah melihat perkara ini dan akan menasihati keluarga supaya mengambil tindakan sewajarnya," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanPelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi iniIrene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hariIrene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspekIrene Sofiya maut dibunuh: Hasrat 'staycation' sambut hari lahir tinggal kenangan a href=" https://www.sinarharian.com.my/article/798973/edisi/johor/jenazah-irene-sofiya-selamat-dikebumikan ">Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan Pada masa sama beliau meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi berhubung kes berkenaan, khususnya melalui media sosial.Beliau berkata, pihak keluarga berharap orang ramai menghormati proses undang-undang dan prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah.Pada masa sama beliau meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi berhubung kes berkenaan, khususnya melalui media sosial.Terdahulu, anak guamnya yang berusia 16 tahun dihadapkan ke mahkamah pada Khamis atas pertuduhan membunuh Irene Sofiya, di sebuah sekolah di Yong Peng pada 3 Oktober lalu.Prosiding terhadap terhadap tertuduh dilakukan secara tertutup di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.