Kuala Lumpur: Berlaku kekosongan 13,072 jawatan doktor di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat 30 Jun lalu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah kekosongan itu, 1,660 membabitkan pegawai perubatan pakar manakala baki 11,412 adalah bagi pegawai perubatan bukan pakar.
Sementara itu, Dzulkefly memaklumkan KKM merekodkan 3,510 peletakan jawatan dalam kalangan pegawai perubatan tetap dan kontrak antara tahun 2024 hingga 2026.
"Daripada jumlah itu, 1,252 adalah pegawai perubatan tetap, manakala 2,258 lagi adalah pegawai perubatan kontrak," katanya.









