KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mempersoalkan motif dan corak serangan oleh bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang menjalankan serangan terpilih dalam isu mafia korporat yang dibangkitkan beliau saban hari.

Pengerusi Biro Politik Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur), Shahbudin Embun berkata, rakyat wajar mempersoalkan adakah pendekatan ini benar-benar bertujuan memperjuangkan integriti, atau turut menjadi sebahagian daripada percaturan politik untuk melemahkan kredibiliti Perdana Menteri.

Beliau berkata, isu yang dikaitkan dengan dakwaan mafia korporat bukan perkara kecil kerana melibatkan persoalan integriti, ketelusan dan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.