Pemimpin Bersama Rafizi Ramli zahir rasa kecewa terhadap respons Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan ‘mafia korporat’ di Dewan Rakyat hari ini.PETALING JAYA: Pemimpin Bersama Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengelak daripada menangani isu lebih besar berhubung dakwaan kewujudan 'mafia korporat' yang dikaitkan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rafizi menzahirkan rasa kecewa terhadap respons Anwar terhadap soalan mengenai isu itu di Dewan Rakyat hari ini, menegaskan bahawa dakwaan berkenaan bukan sekadar tuduhan rasuah atau salah guna kuasa biasa.

"Skandal mafia korporat merujuk kepada pendedahan-pendedahan bahawa ada kumpulan di agensi penguatkuasaan, iaitu SPRM dan polis, yang dituduh bersekongkol dengan sekumpulan ahli perniagaan untuk mengugut ahli-ahli perniagaan lain menyerahkan syarikat-syarikat mereka.