London: Bekas juara Kejohanan Terbuka, Louis Oosthuizen menjadi pemain ternama terbaharu meninggalkan LIV Golf dengan menyifatkan keputusan itu sebagai keputusan paling sukar sepanjang kariernya.
Liga itu memfailkan permohonan perlindungan kebankrapan Bab 11 di Amerika Syarikat pada September lalu selepas Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) menarik balik sokongan kewangan bernilai berbilion dolar.
Oosthuizen, 44, menyertai LIV Golf pada 2022 dan mengetuai pasukan Southern Guards GC sebagai kapten.
Pemain Afrika Selatan itu kini merancang untuk kembali beraksi dalam Jelajah Dunia DP pada 2027.






