Tambaram, India: Polis menahan pencipta kandungan YouTube (YouTuber), Jason Samuel Vijayakumar berhubung kematian pempengaruh kewangan, V Harish, selepas didakwa cuba memeras ugut mangsa serta menerbitkan video berunsur fitnah yang menyebabkan mangsa mengalami tekanan emosi.
Penahanan itu diumumkan Polis Bandar Tambaram pada Khamis susulan laporan yang dibuat bapa Harish seperti yang dilaporkan The Indian Express.
Polis berkata, siasatan dijalankan dengan meneliti keterangan saksi serta bukti dokumentari sebelum penahanan dibuat.
Harish, 27, berasal dari Puducherry dan sering berkongsi nasihat kewangan menerusi saluran YouTube miliknya, Finance with Harish yang mempunyai 1.3 juta pengikut.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F08%2F9696826bfa1a65ea079f75dc64e2efea.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)