KUALA LUMPUR: Kira-kira satu daripada empat rakyat Malaysia berusia 25 hingga 44 tahun menangguhkan atau memutuskan untuk tidak berkahwin, mengadakan majlis perkahwinan atau menimang anak pertama disebabkan faktor kewangan.

Dapatan Tinjauan Celik Kewangan Malaysia (RMFLS) 2026 oleh RinggitPlus menunjukkan 24.3 peratus responden dalam kumpulan umur berkenaan berdepan situasi itu dalam tempoh lima tahun lalu dengan peratusan lebih tinggi dalam kalangan mereka yang berusia 25 hingga 34 tahun iaitu 28.9 peratus.

Sebaliknya, peratusan bagi responden berusia 35 hingga 44 tahun adalah 19.1 peratus.

Dapatan itu menggambarkan kekangan kewangan mempengaruhi keputusan penting dalam kehidupan khususnya berkaitan perkahwinan dan perancangan keluarga.