WASHINGTON: Seekor haiwan misteri berjaya dirakam menerusi kamera pengawasan di kawasan sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico yang dipasang oleh pasukan penyelidik.

Seorang penyelidik objek terbang tidak dikenali (UFO), Jaime Maussan mendakwa haiwan itu telah melarikan dan membunuh binatang ternakan seperti ayam, ayam jantan dan arnab di kawasan pertanian Lembah Juarez sepanjang Rio Grande, Chihuahua, Mexico.

Dalam rakaman itu, terdapat imej seperti haiwan besar berwarna putih dengan ekor panjang.

Penyelidik itu mengesahkan ciri-ciri haiwan tersebut tidak menyerupai mana-mana binatang lain di Chihuahua, terma­suk tikus, rakun mahupun arnab.