Ampang: Empat sekawan masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini kerana melakukan gaduh gempar di sebuah tokong, Isnin lalu.
Majistret Tiong Wen Wen menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh iaitu Foo Je Kit, 19, Alvin Hw Jun Mun,19; Yeo Ji Kang, 18 dan Lai Jian Lung, 20 mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapannya.
Mahkamah turut memerintahkan keempat-empat mereka dipenjara satu bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, semua lelaki itu didakwa bersama-sama melakukan gaduh gempar di tempat awam di Tokong Kuo Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, jam 12.01 tengah malam, 19 Oktober lalu.








