Kota Bharu: Ahli Perikatan Nasional (PN) digesa menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang, kata Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, ahli BN juga dirayu memberikan sokongan kepada calon PN sepanjang pilihan raya itu.

Katanya, kerjasama antara kedua-dua gabungan itu dicetuskan oleh kepemimpinan PAS di peringkat pusat dan mendapat kelulusan Majlis Syura Ulama parti berkenaan.

"Ahli kita sentiasa patuh dan taat setia kepada kepemimpinan. Mereka bersama kita dan yakin dengan kerjasama ini kerana ia dicetuskan oleh kepemimpinan PAS di peringkat pusat serta diluluskan oleh Majlis Syura Ulama," katanya ketika dihubungi.