KUALA LUMPUR: Penyanyi Haqiem Rusli memilih untuk membina haluan sendiri menerusi syarikat miliknya, Haqiem Rusli Entertainment, selepas sedekad mengembangkan kerjaya seni bersama FMC Music.

Keputusan itu yang mula dilaksanakan lebih sebulan lalu membuka lembaran baharu buat Haqiem, sekali gus memberinya kebebasan lebih luas dalam menguruskan perjalanan seni dan membuat keputusan berkaitan kerjaya.

Haqiem berkata, pelancaran runut bunyi drama Sepenuh Hati Rindu berjudul Katamu Sekejap menjadi projek sulungnya sejak bergerak secara bebas.

"Projek Katamu Sekejap ini ialah projek pertama saya secara bebas. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada FMC Music yang menguruskan, menjaga dan banyak membantu saya sejak awal kemunculan sehingga genap 10 tahun dalam industri.