KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, mengingatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar sentiasa memelihara disiplin dan menghormati pegawai lebih kanan bagi memastikan kekuatan serta keharmonian pasukan terus terpelihara.

Beliau berkata, budaya menghormati pegawai lebih kanan dilihat semakin berkurangan dan keadaan itu dibimbangi boleh melemahkan pasukan PDRM serta dipandang rendah oleh jabatan atau agensi lain.

"Kita sedia maklum bahawa chain of command ini adalah sesuatu yang dituntut. Kita perlu menghormati pegawai yang lebih kanan daripada kita," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KPN anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard di Bukit Aman di sini hari ini.