TOKYO: Syarikat global dan kerajaan bertindak segera mengemas kini sistem keselamatan bagi menangani kelemahan kritikal dalam pengaturcaraan PHP yang menjadi asas kepada sebahagian besar internet.

Malah, syarikat perkhidmatan awan melaporkan lonjakan ketara cubaan penggodaman susulan pendedahan kelemahan itu.

Langkah itu diambil selepas beberapa kerajaan di Eropah dan wilayah lain menutup laman sesawang masing-masing pada Rabu sebagai langkah berjaga-jaga, ketika pengendali laman sesawang berusaha melindungi sistem yang menggunakan perisian berkenaan.

Penutupan kecemasan perkhidmatan perbankan, syarikat penerbangan, kereta api, percukaian dan kerajaan dari Tokyo hingga Helsinki di Finland menandakan antara ujian paling besar terhadap PHP.