Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) menekankan bahawa penanda aras gaji median sektor swasta sebanyak RM2,600 sebulan tidak lagi cukup untuk menampung kos sara hidup semasa. (Gambar Envato Elements)PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen menggesa kerajaan mempercepat pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) secara mandatori bagi sektor swasta, beserta insentif subsidi gaji bagi membantu majikan menampung kos kenaikan upah pekerja.

Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) berkata, langkah itu perlu bagi menangani penyusutan kuasa beli rakyat akibat kenaikan harga barangan makanan asas yang mendahului pertumbuhan pendapatan benar.

"Penyusutan kuasa beli akibat kadar inflasi barangan makanan asas yang meningkat antara 3.0% hingga 4.5%, jauh mendahului pertumbuhan pendapatan benar.