Ahli Parlimen yang ramai membolehkan PAS mengemukakan hujah dan pendirian dalam pelbagai isu tanpa perlu memegang jawatan ketua pembangkang, kata Bendahari PAS Iskandar Abdul Samad. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS berkata tidak penting bagi partinya untuk memegang jawatan ketua pembangkang kerana sudah mempunyai ruang mencukupi untuk menyuarakan pendirian menerusi 43 Ahli Parlimen.

Bendahari PAS, Iskandar Abdul Samad, berkata, walaupun ketua pembangkang diberikan masa lebih panjang untuk berucap di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen yang ramai membolehkan PAS mengemukakan hujah dan pendirian dalam pelbagai isu.

Beliau mengulas cadangan bekas pemimpin Umno, Puad Zarkashi, supaya PAS mengambil alih peranan ketua pembangkang daripada Hamzah Zainudin, menyifatkan presiden Wawasan itu kurang menyerlah ketika perbahasan Belanjawan 2027.