NILAI – Seorang lelaki yang merupakan suami serta suspek kes pembunuhan seorang pegawai kastam dibawa ke lokasi kejadian di sebuah unit Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini sebentar tadi.
Difahamkan, suspek yang diiringi sepasukan pihak polis dibawa ke unit tersebut untuk membantu siasatan kes kira-kira pukul 11.40 malam tadi.
Mangsa yang maut merupakan seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berusia 35 tahun.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang pegawai kerajaan berusia lingkungan 30-an ditemui maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di sebuah unit Kuarters KLIA, malam ini.








