NILAI – Tindakan seorang suami yang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, dekat sini membongkar kejadian tragis pembunuhan seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang berlaku di sebuah unit Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung kes tersebut selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.30 malam.
“Suami mangsa yang juga suspek dalam kes pembunuhan ini telah menyerah diri di balai polis selepas kejadian.
“Punca kejadian masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan selepas siasatan di lokasi kejadian







