DENGKIL: Hari ini sepatutnya menjadi ulang tahun kelahiran ketujuh Allahyarham Derma Damiya’ Nur Mikayla, namun dia pergi menghadap Ilahi pada 20 Oktober lalu.
Derma Damiya’ Nur Mikayla, kanak-kanak Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Dengkil disahkan maut akibat kesukaran bernafas selepas tercekik makanan di sekolahnya pada Selasa lalu.
Detik sedih itu turut dikongsi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu yang berpeluang menziarahi ibu bapa arwah di sini hari ini.
Aiman Athirah yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, pemergian arwah meninggalkan kesedihan mendalam kepada keluarga, terutama ibu bapa arwah, Mior Sharizal Mior Zakaria dan Derma Tak Siah @ Norlela Ismail.








