PUTRAJAYA: Kerangka terma rujukan bagi pasukan khas yang akan menyiasat dakwaan berkaitan mafia korporat akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bahawa hasil siasatan berhubung dakwaan berkenaan akan didedahkan dalam tempoh tiga bulan selepas siasatan selesai.
“Perkara itu selaras dengan kenyataan Anwar ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (PMQT) di Parlimen pada Selasa lalu,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti mafia korporat.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fimage1_394035.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)

