Putrajaya: Kerangka terma rujukan bagi pasukan khas yang akan menyiasat dakwaan berkaitan mafia korporat akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet dipengerusikannya hari ini.
"Perdana Menteri memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa dalam isu mafia korporat, kerangka terma rujukan bagi pasukan khas yang akan menyiasat dakwaan berhubung isu terbabit akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.








