Sepang: Sepatutnya, hari ini, Derma Damiya' Nur Mikayla menyambut hari lahirnya yang ketujuh, namun kanak-kanak itu dijemput Ilahi tiga hari sebelum keluarganya meraikan hari istimewa berkenaan.
Ahli Parlimen Sepang Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, pemergian Derma Damiya' meninggalkan kesedihan mendalam kepada ibu bapa, dua abangnya, warga sekolah dan masyarakat setempat.
"Saya berkesempatan menyantuni keluarga Derma Damiya' semalam, bagi menyampaikan ucapan takziah serta memberikan sokongan kepada ahli keluarga yang kehilangan insan tersayang," katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Dengkil itu meninggal dunia, Selasa lalu, selepas tercekik makanan ketika sesi persekolahan petang, pada Isnin.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F23434523234_894463.png&w=480&output=webp&q=85&we)