Kuala Lumpur: Seramai 4,528 tangkapan membabitkan warga asing dilakukan polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi tempoh sembilan bulan tahun ini membabitkan pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mengikut statistik, jenayah kekerasan daripada bulan Januari hingga September 2026 menunjukkan 156 tangkapan membabitkan warga asing, jenayah harta benda menunjukkan sebanyak 528 tangkapan manakala jenayah non-indeks menunjukkan 3,844 tangkapan warga asing menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 4,528 tangkapan.

Menurutnya, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) melalui eleman unit peronda polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) akan membuat rondaan di kawasan sektor termasuk kawasan hotspot serta kawasan yang mendapat aduan awam dalam usaha pencegahan jenayah dan omnipresence.