Hong Kong: Seorang wanita ditahan selepas pihak berkuasa merampas 20 botol kecil produk antipenuaan dari Korea Selatan, Elravie Re2O, yang didakwa mengandungi kulit manusia yang ditulenkan daripada penderma yang sudah meninggal dunia, lapor Radio Television Hong Kong (RTHK).
Jabatan Kesihatan Hong Kong memaklumkan botol berkenaan dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Mong Kok.
Suspek berusia 38 tahun itu ditahan kerana dipercayai memiliki produk farmaseutikal tidak berdaftar dan disyaki terbabit dalam urus niaga organ manusia secara haram.
"Produk berkenaan tidak mempunyai data keselamatan klinikal dan berpotensi menimbulkan risiko kepada kesihatan awam," kata Pengawal Hal Ehwal Pengawalseliaan Jabatan Kesihatan, Dr Fung Ying dalam satu kenyataan.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F4353324342_518067.png&w=480&output=webp&q=85&we)

