PETALING JAYA : Had kapasiti ekologi bagi aktiviti pelancongan marin perlu dilaksanakan bagi melindungi terumbu karang yang semakin terancam akibat tekanan persekitaran.

Presiden Persatuan Penyelam Skuba Malaysia (MSDA) Aminor Azmi Abdul Latip berkata, pengurusan aktiviti pelancongan perlu mengambil kira kemampuan ekosistem bagi memastikan kelestarian terumbu karang, di samping mengekalkan sumber pendapatan masyarakat pesisir pantai.

Beliau berkata, MSDA menyokong usaha kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia untuk memperkukuh perlindungan kawasan, pemulihan habitat dan penguatkuasaa