Kuala Lumpur: Tindakan polis terhadap warga asing yang terbabit dalam kegiatan jenayah, termasuk mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah atau menyalahgunakan pas lawatan untuk bekerja, dilaksanakan secara tegas berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tindakan yang dilaksanakan adalah menangkap/ menahan dan menyiasat suspek/ penjenayah warga asing yang terbabit dalam kegiatan jenayah dan kesalahan imigresen (tiada dokumen perjalanan/ tidak sah, tinggal lebih masa, salah guna pas lawatan) mengikut kuasa undang-undang.
Menurutnya, warga asing tersebut akan didakwa di mahkamah selepas merujuk kes kepada pihak pendakwaan berdasarkan bukti.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F08%2Fa37058c3f4d98d64b755890e604b3290.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
