Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamsha Injau berkata tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat bukti pelanggaran undang-undang atau peraturan. PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menyiasat bagi menentukan kesahihan dakwaan berlakunya penyelewengan dalam urusan pengeluaran pas khas di pejabat jabatan itu di Kuala Lumpur.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamsha Injau berkata siasatan akan dijalankan bahagian integriti dan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku.

“Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat bukti pelanggaran undang-undang atau peraturan," katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Hamsha juga menasihatkan orang ramai untuk berurusan melalui saluran rasmi Jabatan Imigresen dan tidak menggunakan khidmat orang tengah yang tidak diberikan kuasa.