KOTA BHARU: Keluarga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Norhazwani Ibrahim yang dipercayai dibunuh suaminya di Nilai, Negeri Sembilan, menuntut keadilan dan berharap suspek menerima hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukannya.
Abangnya, Mohd Hazwan Ibrahim, 38, berkata keluarga mahukan keadilan buat Allahyarham dan berharap pihak berkuasa memastikan kes itu disiasat secara menyeluruh.
"Kami harap mendapat keadilan dan suspek menerima hukuman setimpal dengan jenayah dilakukannya," katanya ketika dihubungi.
Suspek berusia lingkungan 30-an itu direman tujuh hari lagi bagi membantu siasatan lanjut berhubung kematian Norhazwani, 35.








