Kangar: Rumah Persatuan Sokongan Kanser Negeri Perlis (PERKEN) kini menjadi pusat sehenti terapi emosi dan sokongan moral kepada lebih 400 pejuang kanser dari seluruh negeri ini.

Yang Dipertua PERKEN, Norizan Yahya berkata, inisiatif menjadikan premis berkenaan sebagai pusat operasi dan aktiviti bertujuan mengelakkan pesakit berasa tersisih, kemurungan dan hilang arah tuju selepas didiagnosis menghidap penyakit pembunuh nombor satu itu.

Beliau berkata, setiap hujung minggu, pejuang kanser, ahli keluarga serta sukarelawan akan berkumpul di rumah berkenaan bagi meluangkan masa melakukan pelbagai aktiviti riadah termasuk kelas al-Quran, bercucuk tanam, memasak dan sukaneka.

"Apabila didiagnosis kanser, pesakit akan berasa seolah-olah berada dalam terowong gelap yang panjang dan berasakan hidup mereka sudah di penghujung.