BANGI: Kerajaan perlu memperbaiki penyasaran subsidi supaya bantuan lebih tertumpu kepada golongan yang benar-benar memerlukan, memandangkan subsidi secara menyeluruh masih turut dinikmati golongan berpendapatan tinggi, menurut Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali,

Beliau berkata, meskipun kerajaan sudah melaksanakan perubahan terhadap subsidi bahan api, termasuk mengecualikan bukan warganegara dan menetapkan had kuantiti, manfaatnya masih dinikmati rakyat Malaysia daripada pelbagai kumpulan pendapatan.

"Golongan berpendapatan tinggi tidak semestinya membantah perubahan terhadap mekanisme subsidi, selain mencadangkan supaya pendekatan alternatif melalui sistem percukaian turut dipertimbangkan.