KOTA BHARU: BERSATU masih lagi sebahagian anggota gabungan Perikatan Nasional (PN) dan parti itu masih berhak untuk dipanggil dalam mesyuarat parti gabungan itu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata dalam mesyuarat sebelum ini memang parti itu dijemput bersama namun sejak BERSATU membuat aduan kepada Pendaftaran Pertubuhan (RoS), perkara itu sudah tidak berlaku.

"BERSATU masih lagi ahli PN, jadi sebagai ahli, dia ada hak dan kita pun sebenarnya panggil sebelum ni pun (mesyuarat) cuma yang kita tak panggil itu kerana dia ada aduan kes kepada ROS.

"Jadi bila ada aduan, kita serba salah. Kalau betul sebagai aduan, mesyuarat ini tak sah, kalau kita panggil (mesyuarat) dengan kita sekali pun tak sah.