KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang membolehkan Perikatan Nasional (PN) bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan berlangsung November ini atas logo perikatan itu.
Menurut sesalinan dokumen yang dilihat media hari ini, RoS yang dinamakan melalui Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Datuk Mohd Zulfikar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selaku responden pertama dan kedua memfailkan notis itu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Azizan Md Arshad.
Mereka merayu terhadap keseluruhan keputusan Hakim Azizan yang membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan seperti yang dimohon dalam relif perenggan kedua permohonan semakan kehakiman yang difailkan PN pada 5 Oktober lalu.









